Monday, March 16, 2009

LOGHAT MANA LEBIH MUNASABAH?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat Utara dengan Pantai Timur?

Jawapannya:
Loghat Pantai Timur (Kelantan) adalah munasabah

Bahasa Melayu Standard
“Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada”.

Loghat Utara (Kedah)
“Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak”.

Loghat Pantai Timur (Kelantan)
“Dio gi ghumah jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok”.

Kesimpulan
Tidak mungkin pipi emaknya tiada,tetapi kalau gigi mak dia tidak ada memang munasabah!

* Jangan ambil hati....ini hanya lawak…he3

Wednesday, March 11, 2009

BAU BADAN CACATKAN PENAMPILAN

LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA

1) RAJIN MEMBERSIHKAN DIRI- Amalan mandi setiap hari dengan membersihkan diri dapat mengurangkan pengumpulan bacteria dan seterusnya mengurangkan peluh serta bau badan.

2) AMALKAN PETUA TRADISIONAL- Menggosok limau nipis di tubuh terutama bahagian ketiak, celah kelengkang dan kaki ketika mandi bagi mengurangkan bau badan yang kurang enak.

3) TITIK BERAT SOAL PENJAGAAN KAKI- Keringkan setiap sudut kaki dengan terperinci selepas mandi kerana mikroorganisma gemarkan ruang-ruang lembap di celah-celah kaki. Pakailah bedak kaki untuk membantu penyerapan peluh jika perlu. Stoking juga perlu bersesuaian dan sebaik-baiknya, pakailah kasut yang menggalakkan pengudaraan pada kaki serta diperbuat daripada material seperti kapas yang menyerap kelembapan dan mengeringkan kaki. Kasut juga perlu ditukar setiap hari sekiranya anda mempunyai masalah kaki berpeluh kerana kasut tidak akan kering dalam masa sehari.

4) PRIHATIN DENGAN KEADAAN KETIAK ANDA- Jangan menyimpan bulu ketiak kerana ia hanya menyediakan permukaan yang sesuai untuk peluh melekat serta menggalakkan pembiakan bacteria. Letakkan juga deodaran sebagai rutin harian kerana ia dapat menutup bau peluh dengan lapisan wangian.

5) PEMILIHAN FABRIK PAKAIAN JUGA PERLU DITITIK BERATKAN- Pilihlah busana yang menggunakan kain kapas kerana material seumpama itu tidak memerangkap haba dan mampu menyerap peluh dengan lebih baik. Jangan sesekali memakai baju daripada kain sutera kerana ia bukan material yang bagus untuk individu yang cepat berpeluh. Elakkan juga memakai pakaian dan stoking yang tidak berbasuh.

6) KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN BEREMPAH, BERKAFEIN, DAGING DAN BAWANG PUTIH- Ini kerana makanan sebegini mengeluarkan bau menerusi liang-liang peluh pada tubuh ketika ia dihadamkan.