Sunday, February 8, 2009

SENYAP DALAM KELAS TAPI 'GEGE' LUAR KELAS

Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di semua tempat yang digelar institusi pengajian, tidak kira di peringkat tinggi ataupun rendah. USIM juga tidak ketinggalan dihuni oleh warga yang pelbagai ragam. Ada antaranya boleh dianggap pelik dan luar biasa.

Antaranya ialah fenomena dimana pelajar senyap di dalam kelas tetapi apabila di luar kelas dia adalah yang paling ‘gege’ (bising). Berdasarkan pemerhatian, sepanjang kelas tidak kedengaran langsung suara mereka, apabila diajukan soalan, mereka akan menundukkan kepala dan langsung tidak berani untuk memandang ke arah pensyarah. Fenomena ini kadang-kadang menjadikan pensyarah geram dan ‘tension’.

Menurut golongan ini, mereka senyap ketika di dalam kelas adalah disebabkan malu menghantui diri dan kurang yakin dengan jawapan mereka. Dengan itu jalan penyelesaian yang paling mudah diambil adalah senyap sepanjang kelas.

Ada juga dikalangan mereka yang tidak berani untuk bersuara ketika kelas berlangsung kerana takut diketawakan dengan jawapan yang diberi. Mereka tidak mampu menerima tamparan hebat apabila diketawakan oleh seluruh kelas nanti.

Seorang sahabat memberitahu, dia lebih suka mendiamkan diri sekiranya belajar dengan pensyarah yang tidak sealiran dengannya. Ada juga yang lebih suka senyap jika berhadapan dengan pensyarah yang tegas (shadid).

Menurut seorang rakan, mulutnya akan menjadi berat secara semulajadi sejurus kelas bermula, tiada kata-kata yang mampu diucapkan, kelu lidah untuk berkata-kata, otaknya seolah-olah kosong. Tetapi selepas kelas tamat, mulutnya kembali ringan dan bermacam-macam perkara timbul difikirannya, mulutnya juga tidak henti-henti membebel.

Selain daripada itu, terdapat juga yang senyap apabila bersama dengan rakan sejantina, sepatah yang ditanya maka sepatah perkataan jugalah yang akan dijawab tetapi apabila bersama dengan rakan berlawanan jantina sikapnya akan berubah menjadi peramah dan riang. Belum pun ditanya, dia yang terlebih dahulu akan memberikan soalan.

Pelik atau tidak terpulang kepada pembaca, tapi bagi aku fenomena ini adalah sesuatu yang boleh dianggap pelik. Untuk pengetahuan semua, aku pun turut tergolong dalam ‘geng’ senyap di dalam kelas tapi ‘gege’ di luar kelas terutamanya apabila bersama dengan ‘group asobiyyah’..he3

PESANAN KEMATIAN

  • Sabda Nabi S.A.W: Akan datang kasih manusia pada 5 perkara & lupa mereka pada 5 perkara:

  1. Kasih kepada hidup, lupa kepada mati
  2. Kasih kepada harta, lupa kepada hisab
  3. Kasih kepada mahligai, lupa kepada kubur
  4. Kasih kepada dunia, lupa kepada akhirat
  5. Kasih kepada makhluk, lupa kepada Allah

  • Apabila hampir mati seseorang hamba Allah, maka terbahagi dia kepada 5 bahagian:

  1. Hartanya untuk warisnya
  2. Nyawanya untuk malaikat maut
  3. Dagingnya untuk ulat2
  4. Tulangnya untuk tanah
  5. Amalan & kebajikan untuk orang yang dianiayainya

  • Apabila bercerai nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit 3 kali:

  1. Hai anak adam, adakah engkau tinggalkan dunia @ dunia tinggalkan kau?
  2. Hai anak adam, adakah engkau himpunkan dunia @ dunia himpunkan engkau?
  3. Hai anak adam, adakah engkau membunuh dunia @ dunia yang membunuh engkau?

  • Apabila dihantar ke tempat mandi, berserulah langit 3 kali:

  1. Hai anak adam, dimanakah badan engkau yang kuat, mengapa jadi lemah?
  2. Hai anak adam, dimanakah lidah engkau yang petah bercakap, mengapa diam?
  3. Hai anak adam, dimanakah kekasih engkau, mengapakah yang jadi mulia rakan engkau?

  • Apabila dihantar ke atas kain kafan, maka menyerulah suara dari langit 3 kali:

    1. Hai anak adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
    2. Hai anak adam, engkau keluar rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya.
    3. Hai anak adam, engkau tinggalkan segala kenderaan maka tiada engkau naiki selama-lamanya, & engkau berpindah ke negara yang huru hara.

  • Apabila mayat diletakkan di dalam keranda, maka menyerulah suara dari langit 3 kali:

    1. Hai anak adam, amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
    2. Hai anak adam, amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amalmu baik.
    3. Hai anak adam, amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabatmu dalam keredhaan Allah &amat rugilah kamu jika sahabatmu dimurkai Allah.

  • Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka berserulah suara dari langit 3 kali:

    1. Wahai anak adam, segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
    2. Wahai anak adam, jika amalmu itu baik, kamu akan lihat baik.
    3. Wahai anak adam, jika amalmu itu buruk, maka kamu akan lihat buruk.

IMAM ANAS BIN MALIK R.A BERKATA, BUMI SETIAP HARI BERKATA:

  • Wahai anak adam, kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perutku.
  • Wahai anak adam, kamu berbuat maksiat & dosa di atasku & kamu akan diseksa di dalam perutku.
  • Kamu bergurau di atasku, kamu akan menangis di dalam perutku.
  • Kamu makan barang yang haram di atasku, & seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perut.
  • Kamu bersuka ria di atasku, kamu akan berasa susah sengsara di dalam perutku.
  • Kamu mengumpul barang haram di atasku, tapi kamu akan hancur dalam perutku.
  • Kamu bercakap sombong di atasku, tapi kamu akan menjadi hina keji di dalam perutku.
  • Kamu berjalan dalam sinar cahaya terang-benderang di atasku, tapi kamu akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  • Kamu berjalan untuk berhimpun & berkumpul di atasku, tapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam perutku.

belajar dari kesilapan

dalam hidup ini kita perlu sentiasa belajar.belajar dari kesilapan.berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu.kita perlu sentiasa positif.setiapa orang melakukan kesilapan..melalui kesilapan kita belajar untuk menjadi lebih baik........sebolehnya sentiasalah berusaha untuk menjadi yang terbaik......setiap hari adalah yang terbaik....jangan jadikan halangan yang dilalui sebagai penghalang kepada kita untuk berjaya.dimana ada kemahuan disitu ada jalan.untuk berjaya tidak mudah.........namun itu tidak bererti kita tidak mampu melakkannya.yang penting tekad yang tinggi.

FADHILAT ASMA' AL-HUSNA

1. Ya Allah - apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. Ya Rahman- apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. Ya Rahim- apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. Ya Malik- apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. Ya Quddus- apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. Ya Salam- apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. Ya Mukmin- apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. Ya Muhaimin- apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. Ya ‘Aziz- apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10. Ya Jabbar- apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. Ya Mutakabbir- apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12. Ya Khaliq- dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13. Ya Baarii’- sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14. Ya Musawwir- sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15. Ya Ghaffaar- sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16. Ya Qahhaar- dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. Ya Wahhaab- dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. Ya Razzaq- dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. Ya Fattah- dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. Ya ‘Aalim- dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. Ya Qaabidhu- dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. Ya Baasithu- bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. Ya Khaa’fidh- dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. Ya Raafi- dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. Ya Mu’izz- dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. Ya Muzill- Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. Ya Samii’- sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. Ya Bashiir- dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. Ya Hakam- dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. Ya Adllu- dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. Ya Lathiif- dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. Ya Khabiir- dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. Ya Haliim- dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. Ya ‘Aziim- dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. Ya Ghafuur- bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. Ya Syakuur- dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. Ya ‘Aliy- Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x ( di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. Ya Kabiir- bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. Ya Hafiiz- dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. Ya Muqiit- sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. Ya Hasiib- untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. Ya Jaliil- barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. Ya Kariim- untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. Ya Raqiib- bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….

45. Ya Mujiib- sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. Ya Waasi- apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. Ya Hakiim- bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. Ya Waduud- amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. Ya Majiid- untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. Ya Baa’its- zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. Ya Syahiid- apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. Ya Haq- perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. Ya Wakiil- sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. Ya Qawiy- amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. Ya Matiin- amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. Ya Waliy- barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. Ya Hamiid- perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. Ya Muhshiy- sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. Ya Mubdiu- agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….

60. Ya Mu’id- andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. Ya Muhyiy- amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. Ya Mumiit- barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. Ya Hayyu- untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. Ya Qayyuum- telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. Ya Waajid- andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. Ya Maajid- demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. Ya Waahid- bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…

68. Ya Somad- ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. Ya Qaadir- apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. Ya Muqtadir- agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. Ya Muqaddim- menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.

72. Ya Muahkhir- bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. Ya Awwal- barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. Ya Aakhir- amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. Ya Dhaahir- amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. Ya Baathinu- seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. Ya Waaliy- memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. Ya Muta’aAliy- sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. Ya Bar- amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. Ya Tawwaab- bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. Ya Muntaqim- jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. Ya ‘Afuww- barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. Ya Rauuf- bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. Ya Maalikul Mulki- seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. Ya Zul Jalaali wal Ikraam- amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86.Ya Muqsith- berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. Ya Jaami’- sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. Ya Ghaniy- amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. Ya Mughniy- mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. Ya Maani’- andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. Ya Dhaarr- asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. Ya Naafi’- menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. Ya Nuur- menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. Ya Haadiy- bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. Ya Baadii- andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. Ya Baaqy- amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. Ya Waarits- sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. Ya Rasyiid- walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. Ya Shabuur- agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Saturday, February 7, 2009

ReNuNGaN BeRSaMa

  • DuA PeRKaRa YaNG PeRLu SaNGat MaNuSia iNGaT aDaLah:-
  1. iNGaTLaH KeJaHaTaN KiTa KePaDa oRaNG LaiN
  2. iNGaTLah KeBaiKaN oRaNG KePaDa KiTa

  • DuA PeRKaRa YaNG PeRLu SaNGat KiTa LuPa aDaLaH:-
  1. KeJaHaTan oRaNG KePaDa KiTa
  2. KeBaiKaN KiTa KePaDa oRaNG

Wednesday, February 4, 2009

TAK SANGKA...

Hari ni, kelas terjemah batal dan semua student diminta pergi ke bilik ustz utk menulis tajuk lagu BI yg akn diterjemah nanti di kertas yang disediakan di bilik ustz, then lirik lg msti send kt bwh pntu bilik ustz. Utk info smua ustz ni lah yang mewajibkan kitaorg ckp dlm bhs arab n sapa2 yang cakap selain bhs arab akn diptg 5 mrkah bg stiap kalimah.
Maka berduyun2lah pergi ke blk ustz. Smua yakin yg ustz x de kt dlm blk so ktorg cakap guna bhs ibundalah (BM). Aku bertambah yakin ustz x de dlm blk bilamana aku trdgr seorg rakan tell yg ustz kluar.
Tiba2 tgh rancak ktorg brbual, pintu blk ustz trbka dan muncullah ustz dgn senyuman yg penuh brmakna. Suasana yg hingar-bingar spt di pasar bertukar mnjd spt suasana di prkuburan, sunyi n sepi.
Endingnya........korang pikirlah sdiri......

Tuesday, February 3, 2009

IMAM TUA PENGSAN KETIKA UPACARA AKAD NIKAH

Tanggal 26 April 1984, hari jumaat tepat jam 2.oo petang aku dengan berpakaian sut melayu berwarna biru muda dan bersongkok hitam bersila dihadapan imam tua bernama imam Mat untuk melafaz akad nikah dengan isteri ku sekarang bernama Azizah binti Che Mat berwalikan bapa mertuaku Che Mat bin Mahmud di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelantan.

Teman dikala susah dan senang.

Ketika itu hatiku mulai berdebar-debar kerana dikelilingi ramai sanak saudara dan rakan taulan daripada kedua belah pihak. Maklumlah kerana lafaz ini jarang-jarang digunakan melainkan untuk kahwin. Tok imam Mat hari itu diiringi oleh imam muda bernama Wan Husain. Imam Mat yang berserban putih kelihatan memandang tepat wajahku sambil bertanya samada aku tahu atau tidak menyebut lafaz tersebut dan aku nenganggukkan kepala tanda tahu.

Tok imam tua meminta wali mendapatkan persetujuan daripada pengantin perempuan. Bakal bapa mertuaku bangun lalu berjalan menuju ke bilik tempat bakal isteriku berada.Tidak lama kemudian beliau kembali dan memaklumkan persetujuan daripada pangantin perempuan. Lalu majlis pun dijalankan dengan imam tua menghulurkan tangan dan aku menyambutnya dengan menggenggam erat tangan tok imam. Ketika itu aku dapat rasa tangannya sejuk dan mukanya kelihatan pucat. Dengan keadaan tok imam yang lemah itu beliau memulakan dengan berkata, “ aku nikah akan dikau…………………..,” setelah selesai kata-katanya itu, tok imam telah menyetakkan tangan aku yang digenggam itu memberi isyarat untuk ku menyambutnya. Belum sempat aku menjawab lafaz tersebut, aku lihat tok imam longlai dan terus jatuh pengsan dihadapan aku.Keadaan menjadi riuh rendah serta kelam kabut dan majlis dihentikan buat seketika.Tok imam yang jatuh pengsan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan.Aku bernasib baik kerana tok imam muda ikut serta dalam majlis tersebut.Beliau mengambil alih upacara akad nikah aku dan isteriku.

Akhirnya aku dan isteriku selamat disatukan. Hasil daripada perkongsian hidup kami, maka lahirlah 4 orang puteri dan 3 orang putera walaupun menghadapi situasi yang memeranjatkan semua tetamu .Berbalik kepada tok imam tua yang jatuh pengsan tadi, rupa-rupanya sebelum mengakad nikahkan aku, beliau terlebih dahulu menghadiri satu majlis lain yang menghidangkan gulai kambing. Kemungkinan beliau dihidangkan dengan kari kepala kambing maklumlah tanda hormatkan tok imam. Dengan ini menghindarkan desas desus mengatakan peristiwa tersebut akibat perbuatan khianat yang dilaKukan oleh pihak yang sakit hati dan iri hati di atas perkahwinan aku dan isteriku.












Mengabadikan kenangan di hari raya


Itulah satu peristiwa yang tidak dapat aku dan isteriku lupakan sepanjang hidup ini.Wassallam.

(HASIL NUKILAN AYAHANDA TERCINTA, EN. MAHMAD NOR B. CHE MAN)