Sunday, August 21, 2011

MOOD RAYA

Hari ini dah masuk hari ke 21 umat islam berpuasa (yang betul2 islam la), maknanya tinggal 9 hari saja lagi untuk kita menyambut hari raya. Hari persekolahan pun hanya tinggal 4 hari sebelum mula bercuti selama seminggu.

Maka, minggu ini sudah ramai murid-murid yang ponteng sekolah (ini semua gara 'mood' raya). Sebabnya, dorang semua dah balik kampung, especially yg mana kampung dorang kat Sabah & Sarawak.

Fenomena sebegini mmg x pelik kat sekolah aku, bukan seminggu dua dorang cuti tapi berbulan-bulan. Kalau yang rajin plus mak bapak pulak jenis yang take care pasal pendidikan anak2 mereka maka mereka akan menumpang belajar di sekolah sana. Manakala yang sebaliknya pulak, jawab kata masuk hutan menyumpitlah.

Minggu ni jugak mood mengajar dah kureng. Almaklumlah nak raya, murid-murid pun dah x sabar nak cuti. Tapi tanggungjawab harus dilaksanakan kerana ini jalan yang aku pilih.

PeMBuKa BiCaRa...

Sekian lama aku meninggalkan dunia blog ini, boleh dikatakan blog ini terbit kerana ia merupakan kerja khusus ketika belajar di universiti suatu ketika dulu. Jika tidak aku rasa mungkin tidak akan mengenali 'apa itu blog'.

Maka benarlah, manusia akan dapat melakukan sesuatu perkara yang difikirkan tidak dapat dilakukan apabila mereka terdesak. Hari ini tiba-tiba terdetik dalam sanubari ini untuk melihat kembali blog ini sama ada masih berfungsi atau sudah mati fungsinya setelah hampir setahun barangkali aku sepi.

Aku bagaikan mati kutu (entah betul atau tidak perumpamaan aku ini) untuk seketika apabila membuka blog ini. Bagaikan hilang arah, tidak tahu yang mana harus disentuh. Akhirnya, aku memilih untuk mempostkan entry baru, sekadar pembuka bicara untuk tahun ini...=)