Thursday, January 21, 2010

PENGEMBARAAN KE TAMAN SEA

Hari ini entah kali ke berapa aku mengembara di bumi Kuala Lumpur. Berbezanya pengembaraan aku kali ini adalah berteman. Jika sebelum ini aku hanya mengembara seorang diri. Apa-apa rintangan yang muncul harus aku tangani seorang diri.

Hari ini aku ditugaskan ke tempat terpencil bersama Nusaibah dari department lain. Untuk pergi ke sana tidaklah membimbangkan kami kerana kemudahan awam senang didapati di depan pejabat kami.

Walau pun begitu, untuk sampai ke tempat tersebut kami terpaksa 'makan banyak langsat' (sesat). Kedudukan di kawasan perumahan menyukarkan kami menemui. Namun berkat kesabaran kami dan kecekalan pak cik pemandu teksi, kami akhirnya sampai ke tempat tersebut.

Walau bagaimana pun pengembaraan kami tidak selesai di situ, untuk balik ke pejabat menjadi masalah besar kepada kami. Ini kerana tempat tersebut di hujung taman yang mana jalan tersebut tidak menjadi laluan teksi.

Oleh itu, dengan muka yang tebal kami terpaksa meminta ehsan dari rakan kerja dari company lain bagi menumpangkan kami hingga ke jalan besar.Mujurlah mereka sudi menumpangkan kami ke jalan besar walaupun terpaksa berhimpit-himpit. Bayangkan dalam satu kereta wira dipenuhi tujuh orang yang mana dua di depan dan lima di belakang.

Akhirnya dengan bantuan dari rakan sekerja terbabit kami berjaya menahan teksi di jalan besar tersebut. Sangkaan awal kami apabila sudah menaiki teksi dapatlah kami berehat namun sangkaan kami itu meleset apabila terpaksa melayan pak cik teksi tersebut berbual. Walau pun begitu kami bersyukur sangat kerana dapat sampai ke pejabat dan menyiapkan tugasan sebelum balik rumah.

Dan yang paling menggembirakan aku, esok adalah off day aku...yeeeeeeee sukanya boleh cover tidur selama lima hari ni....

Wednesday, January 20, 2010

SEPARUH JIWAKU PERGI

SEPARUH JIWAKU PERGI
MEMANG INDAH SEMUA TAPI BERAKHIR DUKA
KAU MAIN HATI DENGAN SEDARMU
KAU TINGGAL AKU, BENAR KU MENCINTAIMU TAPI TAK BEGINI
KAU KHIANATI HATI INI, KAU CURANGI AKU
BENAR KU MENCINTAIMU TAPI TAK BEGINI
KAU KHIANATI HATI INI, KAU CURANGI AKU
KAU BILANG TAK PERNAH BAHAGIA
SELAMA DENGAN AKU ITU UCAP BIBIRMU
KAU DUSTAKAN SEMUA YANG KITA BINA
KAU HANCURKAN SEMUA
BENARKU MENCINTAI MU TAPI TAK BEGINI
KAU KHIANATI HATI INI, KAU CURANGI AKU
BENARKU MENCINTAIMU TAPI TAK BEGINI
KAU KHIANATI HATI INI KAU CURANGI AKU
O...BENARKU MENCINTAIMU TAPI TAK BEGINI
KAU KHIANATI HATI INI, KAU CURANGI AKU
BENAR KU MENCINTAIMU TAPI TAK BEGINI
KAU KHIANATI,KAU CURANGI AKU
KAU DUSTAI HATI
BENAR KU MENCINTAIMU

Sunday, January 17, 2010

SUKAR MENGERTI

Pada zaman sekarang bukan setakat susah hendak mencari perempuan yang baik malah begitu juga lelaki. Rata-rata remaja perempuan sekarang sudah rosak dan sememangnya susah hendak mencari yang masih dara.

Tapi aku lupa, lelaki pun sama juga susah hendak cari yang masih teruna. Cuma nasib kaum lelaki ni baik sikit berbanding perempuan. Ia tidak memberikan sebarang kesan kepada lelaki. Yang terpaksa menanggung semua beban adalah perempuan terbabit. Tapi di akhirat kelak lelaki-lelaki ini tetap tidak akan terlepas dari hukuman yang telah dijanjikan.

Sekiranya lelaki menyatakan penyesalan di atas perbuatannya, adakah ia boleh dipercayai? Bagi aku susah untuk percaya lelaki sebegini, bagaimana ia hendak menjadi pemimpin kepada keluarganya sedangkan diri sendiri pun dia tidak dapat handle dengan betul.

Saturday, January 16, 2010

LELAKI INI...

Lelaki. Apa yang diinginkan oleh seorang lelaki sebenarnya. Kenapa susah sangat untuk aku memahami kaum adam ini. Mereka memberikan harapan kepada si hawa dan mereka juga yang mengecewakannya.

Kenapa setiap janji dan kata-kata lelaki tidak boleh dipercayai. Kenapa memberikan harapan jika tidak dari hati. Kenapa memberi janji jika tidak mampu dikotakan. Seperti dia yang membina bangunan dan ia juga yang meruntuhkannya.


Sunday, January 10, 2010

AKU PASRAH

Aku pasrah. Itulah yang dapat aku ungkapnya bagi mengambarkan situasi yang aku hadapi sekarang. Aku tidak minta ia datang dalam hidup aku. Ia datang dengan sendiri tanpa aku jangka.

Sekarang aku pasrah atas segalanya. Tidak semua perkara akan berlaku seperti yang kita impikan. Kita juga tidak akan dapat semua yang kita yang kita inginkan. Segalanya sudah ditetapkan.

Mungkin juga Allah sekadar menduga diri aku, adakah aku akan terus alpa dan lalai dengan apa yang dihidangkan buat aku. Atau aku tetap teguh dengan pendirian aku.

Sekarang aku tahu tahap diri aku dalam menghadapi kemelut ini. Rupanya aku seorang yang amat lemah. Dan aku juga sedar siapa diri aku....

Saturday, January 9, 2010

SUSPEK TERLEPAS

Hari ni aku buat tinjauan kat sebuah kawasan membeli belah yang terkenal sekitar kawasan KL. Tinjauan tu boleh dikategorikan sebagai agak bahaya dalam dunia sekarang.

Selepas mencari maklumat tentang suspek, aku dan rakan sekerja pusing sekitar kawasan pasar untuk mengesan kelibatnya, sedang kami meninjau-ninjau, suspek tiba-tiba muncul di depan kami.

Namun kami tidak boleh bertindak dengan tergopoh-gapah, harus ada langkah yang teratur agar dia tidak dapat mengesan jejak kami.

Akhirnya, strategi kami gagal maka balik lah kami berdua dengan membawa kegagalan....kua.kua.kua

Friday, January 8, 2010

MAK CIK

Tinjauan menyeronokkan tapi ia boleh jadi tidak menyeronokkan apabila kita terpaksa menunggu. Sekiranya sekejap x pe, ini 3 jam, giler betul, sapa tahan.

Hari ini bos suruh buat tinjauan kat sebuah taman sekitar KL. Aku punya la semangat kul 11 pagi lagi dah bertolak dari ofis. Padahal tempat tu bukan jauh pun. Ingat nak tinjau dulu cari port yang sesuai untuk diambil gambarnya. Tu tugas rakan sekerja aku la.

Janji pukul 12 tengah hari tapi pukul 3 petang baru muncul. Dia ada esaimen lain sebelum tu. Bayangkan 3 jam aku tunggu kat taman tu. Sampaikan mak cik yang berniaga kat situ kenal aku. Boring giler tambah pula ngantuk yang teramat sangat (semalam x blh tido sbb mnm teh ais banyak sangat).

Dah la aku 3 jam tunggu dia, bila dah jumpa dia cakap aku macam mak cik. Kurang asam pya budak. Adakah kerana cara pemakaian aku dilabelkan mak cik. Habis nak kena pakai ketat2, berbonjol sana sini baru muda.

Suka hati hang la nak gelar aku ape asal hang bahagia aku bahagia. noktah..

Thursday, January 7, 2010

HEPI BANGAT

Hari ni aku rasa 'mood' aku di zon bahagia. Tenang dan bahagia sekali hingga x mampu nk dihuraikan dgn kata2. Banyak perkara-perkara yg x dijangka berlaku.

Hari ni bos yang pernah membuli aku memberi layanan yg aku sendiri terkejut menerimanya. Entah ubat apa yg dia mkn semalam. Atau mungkin jugak dia mimpikan aku kot.he555.

Dia sebelum ini x pernah membalas senyuman yg aku lemparkan hr ni byk pula senyuman dia beri kat aku. Tambah mengejutkan aku (mujur x pengsan) dia sempat bergurau dengan aku. Terkejut mujur x gila jadinya.

Lepas tu ada lagi la perkara2 yang menggembirakan berlaku. Pada sebelah malam sekali lagi aku terima kejutan. Kali ni beri efect jgk pada diri aku. Tapi x blh citer kat cni la...

Apa2 pun aku hepi bangat, klu blh jerit kuat2 ingin rsnya nk jerit kt warga KL ni yg aku BAHAGIA SANGAT hr ni. Tapi itu smua hanya mampu aku lakukan dalam hati aje...

BERSYUKUR....

Memang lama betul aku menyepi dr dunia blog ni..lps hbs je projek blog ni aku dah x menulis sehinggalah hari ini terdetik dihati aku untuk menulis. Itupun adalah kerana pengaruh daripada Ida (adik aku).

Sebenarnya aku lama menyepi disebabkan sibuk sangat dengan tugasan sebagai pelajar terutamanya sem lepas FPBU wajib menyiapkan tesis. Klu x siap mmg cr nahas la, sbb ia syarat wajib utk grad.

Aku bersyukur bangat, hampir kesemua halangan utk grad sudah aku tempuhi, tinggal menghabiskan Latihan Praktikal yg sedang aku jalani skrg. Ini smua adalah berkat restu kedua org tua aku. Ini untungnya mengikut kata orang tua. Aku rasa perjalanan hidup aku menuju kejayaan dipermudahkan Yang Esa.

Walaupun pada awalnya aku rs mcm x mampu aku tanggung, tp cabaran 2 tetap aku berjaya tempuhi. Dulu aku tertanya-tanya betul ke jalan yg aku pilih ni, benda ni selalu je mengacau otak aku, tapi skrg aku tahu apa jwpnnya.