Tuesday, February 3, 2009

IMAM TUA PENGSAN KETIKA UPACARA AKAD NIKAH

Tanggal 26 April 1984, hari jumaat tepat jam 2.oo petang aku dengan berpakaian sut melayu berwarna biru muda dan bersongkok hitam bersila dihadapan imam tua bernama imam Mat untuk melafaz akad nikah dengan isteri ku sekarang bernama Azizah binti Che Mat berwalikan bapa mertuaku Che Mat bin Mahmud di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelantan.

Teman dikala susah dan senang.

Ketika itu hatiku mulai berdebar-debar kerana dikelilingi ramai sanak saudara dan rakan taulan daripada kedua belah pihak. Maklumlah kerana lafaz ini jarang-jarang digunakan melainkan untuk kahwin. Tok imam Mat hari itu diiringi oleh imam muda bernama Wan Husain. Imam Mat yang berserban putih kelihatan memandang tepat wajahku sambil bertanya samada aku tahu atau tidak menyebut lafaz tersebut dan aku nenganggukkan kepala tanda tahu.

Tok imam tua meminta wali mendapatkan persetujuan daripada pengantin perempuan. Bakal bapa mertuaku bangun lalu berjalan menuju ke bilik tempat bakal isteriku berada.Tidak lama kemudian beliau kembali dan memaklumkan persetujuan daripada pangantin perempuan. Lalu majlis pun dijalankan dengan imam tua menghulurkan tangan dan aku menyambutnya dengan menggenggam erat tangan tok imam. Ketika itu aku dapat rasa tangannya sejuk dan mukanya kelihatan pucat. Dengan keadaan tok imam yang lemah itu beliau memulakan dengan berkata, “ aku nikah akan dikau…………………..,” setelah selesai kata-katanya itu, tok imam telah menyetakkan tangan aku yang digenggam itu memberi isyarat untuk ku menyambutnya. Belum sempat aku menjawab lafaz tersebut, aku lihat tok imam longlai dan terus jatuh pengsan dihadapan aku.Keadaan menjadi riuh rendah serta kelam kabut dan majlis dihentikan buat seketika.Tok imam yang jatuh pengsan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan.Aku bernasib baik kerana tok imam muda ikut serta dalam majlis tersebut.Beliau mengambil alih upacara akad nikah aku dan isteriku.

Akhirnya aku dan isteriku selamat disatukan. Hasil daripada perkongsian hidup kami, maka lahirlah 4 orang puteri dan 3 orang putera walaupun menghadapi situasi yang memeranjatkan semua tetamu .Berbalik kepada tok imam tua yang jatuh pengsan tadi, rupa-rupanya sebelum mengakad nikahkan aku, beliau terlebih dahulu menghadiri satu majlis lain yang menghidangkan gulai kambing. Kemungkinan beliau dihidangkan dengan kari kepala kambing maklumlah tanda hormatkan tok imam. Dengan ini menghindarkan desas desus mengatakan peristiwa tersebut akibat perbuatan khianat yang dilaKukan oleh pihak yang sakit hati dan iri hati di atas perkahwinan aku dan isteriku.












Mengabadikan kenangan di hari raya


Itulah satu peristiwa yang tidak dapat aku dan isteriku lupakan sepanjang hidup ini.Wassallam.

(HASIL NUKILAN AYAHANDA TERCINTA, EN. MAHMAD NOR B. CHE MAN)












3 comments:

  1. Hehehehe....
    Bestnyooo pengalaman ni, jarang dapat baca.

    ReplyDelete
  2. akhirnya wujud lah kami semua.sayang abah n ma

    ReplyDelete
  3. mungkin dia tu ada darah tinggi kot...
    len kali untuk time akak kawin nnt, akk xyah susah2 kan hidang lauk2 cam daging kambing n lembu,,, untuk kebaikan semua, akk goreng aje ikan bilis...sebelum tu basuh smpai ilang sume rasanya...
    bukan kedekut,,tapi nak jaga org yg kena darah tinggi..

    ReplyDelete