Wednesday, March 11, 2009

BAU BADAN CACATKAN PENAMPILAN

LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA

1) RAJIN MEMBERSIHKAN DIRI- Amalan mandi setiap hari dengan membersihkan diri dapat mengurangkan pengumpulan bacteria dan seterusnya mengurangkan peluh serta bau badan.

2) AMALKAN PETUA TRADISIONAL- Menggosok limau nipis di tubuh terutama bahagian ketiak, celah kelengkang dan kaki ketika mandi bagi mengurangkan bau badan yang kurang enak.

3) TITIK BERAT SOAL PENJAGAAN KAKI- Keringkan setiap sudut kaki dengan terperinci selepas mandi kerana mikroorganisma gemarkan ruang-ruang lembap di celah-celah kaki. Pakailah bedak kaki untuk membantu penyerapan peluh jika perlu. Stoking juga perlu bersesuaian dan sebaik-baiknya, pakailah kasut yang menggalakkan pengudaraan pada kaki serta diperbuat daripada material seperti kapas yang menyerap kelembapan dan mengeringkan kaki. Kasut juga perlu ditukar setiap hari sekiranya anda mempunyai masalah kaki berpeluh kerana kasut tidak akan kering dalam masa sehari.

4) PRIHATIN DENGAN KEADAAN KETIAK ANDA- Jangan menyimpan bulu ketiak kerana ia hanya menyediakan permukaan yang sesuai untuk peluh melekat serta menggalakkan pembiakan bacteria. Letakkan juga deodaran sebagai rutin harian kerana ia dapat menutup bau peluh dengan lapisan wangian.

5) PEMILIHAN FABRIK PAKAIAN JUGA PERLU DITITIK BERATKAN- Pilihlah busana yang menggunakan kain kapas kerana material seumpama itu tidak memerangkap haba dan mampu menyerap peluh dengan lebih baik. Jangan sesekali memakai baju daripada kain sutera kerana ia bukan material yang bagus untuk individu yang cepat berpeluh. Elakkan juga memakai pakaian dan stoking yang tidak berbasuh.

6) KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN BEREMPAH, BERKAFEIN, DAGING DAN BAWANG PUTIH- Ini kerana makanan sebegini mengeluarkan bau menerusi liang-liang peluh pada tubuh ketika ia dihadamkan.

2 comments:

  1. hehehehehe kak fieza pernah x jumpe org yg bau badan kuat???? hmmmm

    ReplyDelete
  2. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..........agak la sdiri....

    ReplyDelete