Sunday, February 8, 2009

SENYAP DALAM KELAS TAPI 'GEGE' LUAR KELAS

Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di semua tempat yang digelar institusi pengajian, tidak kira di peringkat tinggi ataupun rendah. USIM juga tidak ketinggalan dihuni oleh warga yang pelbagai ragam. Ada antaranya boleh dianggap pelik dan luar biasa.

Antaranya ialah fenomena dimana pelajar senyap di dalam kelas tetapi apabila di luar kelas dia adalah yang paling ‘gege’ (bising). Berdasarkan pemerhatian, sepanjang kelas tidak kedengaran langsung suara mereka, apabila diajukan soalan, mereka akan menundukkan kepala dan langsung tidak berani untuk memandang ke arah pensyarah. Fenomena ini kadang-kadang menjadikan pensyarah geram dan ‘tension’.

Menurut golongan ini, mereka senyap ketika di dalam kelas adalah disebabkan malu menghantui diri dan kurang yakin dengan jawapan mereka. Dengan itu jalan penyelesaian yang paling mudah diambil adalah senyap sepanjang kelas.

Ada juga dikalangan mereka yang tidak berani untuk bersuara ketika kelas berlangsung kerana takut diketawakan dengan jawapan yang diberi. Mereka tidak mampu menerima tamparan hebat apabila diketawakan oleh seluruh kelas nanti.

Seorang sahabat memberitahu, dia lebih suka mendiamkan diri sekiranya belajar dengan pensyarah yang tidak sealiran dengannya. Ada juga yang lebih suka senyap jika berhadapan dengan pensyarah yang tegas (shadid).

Menurut seorang rakan, mulutnya akan menjadi berat secara semulajadi sejurus kelas bermula, tiada kata-kata yang mampu diucapkan, kelu lidah untuk berkata-kata, otaknya seolah-olah kosong. Tetapi selepas kelas tamat, mulutnya kembali ringan dan bermacam-macam perkara timbul difikirannya, mulutnya juga tidak henti-henti membebel.

Selain daripada itu, terdapat juga yang senyap apabila bersama dengan rakan sejantina, sepatah yang ditanya maka sepatah perkataan jugalah yang akan dijawab tetapi apabila bersama dengan rakan berlawanan jantina sikapnya akan berubah menjadi peramah dan riang. Belum pun ditanya, dia yang terlebih dahulu akan memberikan soalan.

Pelik atau tidak terpulang kepada pembaca, tapi bagi aku fenomena ini adalah sesuatu yang boleh dianggap pelik. Untuk pengetahuan semua, aku pun turut tergolong dalam ‘geng’ senyap di dalam kelas tapi ‘gege’ di luar kelas terutamanya apabila bersama dengan ‘group asobiyyah’..he3

4 comments:

  1. TAKPE YANG PENTING ALIFAH DENGAN NURHAFIZA KEMBAR !!

    ReplyDelete
  2. mmm, mslh jgk 2, klu bleh buang la sikap tu cz dlm bljr kta x spttnye bersikap sdemikian..ko rano? he8

    ReplyDelete
  3. sebenarnya bukan taknak cakap...tapi ada sikap malu tu yang susah...

    ReplyDelete
  4. susah nak biasakan diri dengan persekitaran.macam tak boleh ubah sikap tu,dah jadi tabiat kot...

    ReplyDelete