Tuesday, May 18, 2010

HARAPAN KELUARGA...

Dulu ketika bergelar pelajar, kita hanya fokus pada pelajaran. Tiap hari kehidupan hanya berkisar kepada pergi kelas, balik dari kelas, buat assingment, prepare untuk exam dan sekali sekala lepak dengan kawan-kawan. Bila time cuti pulak boleh bermalas-malasan di kampung dengan hanya bergoyang kaki, bila makanan siap, tunggu makan je...

Kini segalanya berubah, dunia tersebut bukan lagi menjadi rutin harian aku. Sebagai anak sulung dari tujuh beradik yang kesemuanya masih bersekolah aku punya tanggungjawab besar untuk membantu keluarga aku.

Jika dulu, abah bersusah payah bekerja mencari rezeki manakala ma pula menguruskan rumah serta keluarga. Kini aku merasa bertanggungjawab untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Namun persoalan yang membelenggu di kotak fikiran aku sekarang ini, mampukah aku merealisasikannya. Aku punya keinginan untuk membantu keluarga aku dan sedang berusaha ke arah itu, akan tetapi perasaan takut tetap hadir dalam hati ini. Bimbang aku tidak mampu memikul tanggungjawab itu.

Apabila tengok kawan-kawan yang sudah ada kerjaya masing-masing, terbit juga dalam sanubari aku ini perasaan jeles dan inginkan kejayaan seperti mereka.

Sekarang aku sedang berusaha mencari di mana letaknya 'rezeki' aku untuk aku menolong keluarga aku sekaligus menambahkan lagi tahap kebahagiaan yang kami kecapi saat ini. Aku sedar ma, abah dan adik-adikku semuanya meletakkan harapan untuk mengubah nasib keluarga kami pada saat dan ketika ini.

Ma...
Engkau telah banyak terluka oleh orang sekelilingmu, ku berjanji akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan dan membantu mengubah nasib keluarga kita. Sekaligus berusaha membuktikan bahawa anakmu, darah dagingmu ini boleh diharap dan ditumpang serta bukan seperti kacang lupakan kulit...akan ku buktikan...InsyaAllah..

Abah...
ku tahu bahawa kau insan yang penyabar dan pemaaf. Walauapa pun yang dilakukan oleh darah dagingmu terhadap mu engkau tetap sabar namun ku tidak sanggup melihat kau diperlakukan sedemikian. Akan ku buktikan anakmu ini berguna dan akan membela nasibmu selagi jasadku bernyawa. Aku juga ingin buktikan kepada darah dagingmu bahawa aku anak yang mengenang jasa dan budimu..

Adik-adikku...
ku berjanji akan menjadi tempat kalian bergantung. Aku tidak akan membenarkan kalian merasai keperitan dan kesusahan yang telah aku lalui selama ini.

Ku mengaharapkan doa dan restu kalian semua untuk merealisasikan janji-janji ini...

No comments:

Post a Comment