Thursday, January 21, 2010

PENGEMBARAAN KE TAMAN SEA

Hari ini entah kali ke berapa aku mengembara di bumi Kuala Lumpur. Berbezanya pengembaraan aku kali ini adalah berteman. Jika sebelum ini aku hanya mengembara seorang diri. Apa-apa rintangan yang muncul harus aku tangani seorang diri.

Hari ini aku ditugaskan ke tempat terpencil bersama Nusaibah dari department lain. Untuk pergi ke sana tidaklah membimbangkan kami kerana kemudahan awam senang didapati di depan pejabat kami.

Walau pun begitu, untuk sampai ke tempat tersebut kami terpaksa 'makan banyak langsat' (sesat). Kedudukan di kawasan perumahan menyukarkan kami menemui. Namun berkat kesabaran kami dan kecekalan pak cik pemandu teksi, kami akhirnya sampai ke tempat tersebut.

Walau bagaimana pun pengembaraan kami tidak selesai di situ, untuk balik ke pejabat menjadi masalah besar kepada kami. Ini kerana tempat tersebut di hujung taman yang mana jalan tersebut tidak menjadi laluan teksi.

Oleh itu, dengan muka yang tebal kami terpaksa meminta ehsan dari rakan kerja dari company lain bagi menumpangkan kami hingga ke jalan besar.Mujurlah mereka sudi menumpangkan kami ke jalan besar walaupun terpaksa berhimpit-himpit. Bayangkan dalam satu kereta wira dipenuhi tujuh orang yang mana dua di depan dan lima di belakang.

Akhirnya dengan bantuan dari rakan sekerja terbabit kami berjaya menahan teksi di jalan besar tersebut. Sangkaan awal kami apabila sudah menaiki teksi dapatlah kami berehat namun sangkaan kami itu meleset apabila terpaksa melayan pak cik teksi tersebut berbual. Walau pun begitu kami bersyukur sangat kerana dapat sampai ke pejabat dan menyiapkan tugasan sebelum balik rumah.

Dan yang paling menggembirakan aku, esok adalah off day aku...yeeeeeeee sukanya boleh cover tidur selama lima hari ni....

No comments:

Post a Comment