Friday, January 8, 2010

MAK CIK

Tinjauan menyeronokkan tapi ia boleh jadi tidak menyeronokkan apabila kita terpaksa menunggu. Sekiranya sekejap x pe, ini 3 jam, giler betul, sapa tahan.

Hari ini bos suruh buat tinjauan kat sebuah taman sekitar KL. Aku punya la semangat kul 11 pagi lagi dah bertolak dari ofis. Padahal tempat tu bukan jauh pun. Ingat nak tinjau dulu cari port yang sesuai untuk diambil gambarnya. Tu tugas rakan sekerja aku la.

Janji pukul 12 tengah hari tapi pukul 3 petang baru muncul. Dia ada esaimen lain sebelum tu. Bayangkan 3 jam aku tunggu kat taman tu. Sampaikan mak cik yang berniaga kat situ kenal aku. Boring giler tambah pula ngantuk yang teramat sangat (semalam x blh tido sbb mnm teh ais banyak sangat).

Dah la aku 3 jam tunggu dia, bila dah jumpa dia cakap aku macam mak cik. Kurang asam pya budak. Adakah kerana cara pemakaian aku dilabelkan mak cik. Habis nak kena pakai ketat2, berbonjol sana sini baru muda.

Suka hati hang la nak gelar aku ape asal hang bahagia aku bahagia. noktah..

No comments:

Post a Comment